|
Sektor perikanan dan pertanian sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan
asasnya menyediakan makanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh
bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara,
contohnya risiko peperangan dan sekatan perdagangan dunia (seperti yang berlaku
kepada Iraq), Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi,
sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding
dengan kos mengimport.
Bagi
sektor pertanian dan makanan, negara telah pun ada Dasar Pertanian Negara Ketiga,
DPN3 (1998-2010), oleh itu masa depan sektor pertanian dan makanan dapat dilihat
dengan jelas dalam DPN3 di samping dasar-dasar semasa Kerajaan terhadap sektor ini.
Objektif
meningkatkan pengeluaran makanan adalah bertujuan bagi mengurangkan kos bil
makanan yang diimport yang sentiasa terdedah kepada risiko harga antarabangsa.
Pada tahun 2000, jumlah import makanan dianggarkan RM11.2 bilion berbanding
dengan eksportnyanya, RM6.9 bilion; ini bererti defisit perdagangannya ialah
RM4.3 bilion. Dengan strategi meningkatkan makanan, defisit ini dijangka
berkurangan kepada RM2.6 bilion pada 2005 dan menjadi surplus RM0.4 bilion pada
2010.
Strategi
menambahkan sumber bekalan makanan dalam negeri bukan sahaja dapat mengurangkan
tekanan inflasi yang diimport bahkan juga oleh mainan pengeluar-pengeluar
makanan dalam negara sendiri. |